PhotoFlickr

PhotoFlickr
manual focus is better than others :) muahaha.. gamba disebelah hanyelah pinjaman semata-mata. kat sini pn ade banyak gamba jugak.. click jgn x clik.. :D

wiki wiki eh eh~

wiki wiki eh eh~
emm.. ade assignment stuff. site ni utk info2 je. educational purpose. click kat sini kalo nak bace~~

Deviantart

Deviantart
kat sini pn ade gambaq je... click kat gamba sebelah kalo nak tgk lagi banyak gamba.. muahahaha~

kesakitan itu menghapus dosa

| Monday 21 March 2011
kebelakangan ni memang aku rase tak sihat. Kesihatan makin teruk. mungkin sebab banyak keje yang kene setel. Ye la, lagi beberapa minggu nak final exam (even aku xperlu amik). Tapi kerja yang bertimbun membuatkan aku sangat tensen. Susah jugak jadi budak final year ni... huhu~

bsepah2 meja =D


Dari demam, bawak kepada ulser usus.. tapi, sabar je la wahai diri~ Dari petang tadi selepas aku meng'update' blog baru ni, aku jatuh sakit. mungkin ulser ni buat hal lagi. kali ni memang teruk sakitnya. aku tak dapat berdiri, gerak sikit je, usus aku terasa sakit dan pedih.

Aku pernah baca artikel yang ada mengatakan, sabda Rasulullah SAW "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

bila aku muhasabah diri balik, memang terlalu banyak dosa yang pernah aku lakukan. mustahil la kan sebagai manusia kita tak pernah buat dosa. even kecik pun tetap ada. Even aku dah berubah, bertaubat, tapi mana la tahu sekarang masih ada yang sangkut lagi. mungkin kesakitan yang aku alami ni, Allah gugurkannya bersama dosa-dosa yang aku lakukan antara sedar dan tidak.

Manusia...
bila senang, dia hanyut. bila susah, dia kembali.
apabila menerima musibah, dia berjanji, apabila mendapat kebahagiaan, dia memungkiri.
apabila mendapat apa yang diingini, dia lupa segalanya, namun, bila diinginkan sesuatu, setiap masa dia beriman kepada-Nya..
Sekejap dia beriman, sekejap dia berdosa.
sekejap malaikat Raqib menulis amal baiknya, sekejap malaikat A'tid menulis amal buruknya.
sekejap dia menuju ke Syurga, sekejap dia Menuju jalan ke Neraka.
Berselang seli antara kejahatan dan kebaikannya, antara dosa dan pahala.
sedarkah dirinya?

Tepuk dada tanya iman.. kenapa Allah SWT turunkan semua kesakitan tu? kenapa kini sentiasa ada bencana di mana-mana? berfikir sesaat adalah lebih baik dari beribadah setahun. tak salah muhasabah diri untuk kebaikan diri sendiri.





1 daH KomeN?:

 

Copyright © 2010 WhitenBlack | Design by Dzignine