PhotoFlickr

PhotoFlickr
manual focus is better than others :) muahaha.. gamba disebelah hanyelah pinjaman semata-mata. kat sini pn ade banyak gamba jugak.. click jgn x clik.. :D

wiki wiki eh eh~

wiki wiki eh eh~
emm.. ade assignment stuff. site ni utk info2 je. educational purpose. click kat sini kalo nak bace~~

Deviantart

Deviantart
kat sini pn ade gambaq je... click kat gamba sebelah kalo nak tgk lagi banyak gamba.. muahahaha~

Showing posts with label pahala. Show all posts
Showing posts with label pahala. Show all posts

hepi "besday" superhero

| Wednesday, 23 March 2011

selamat pagi... :)

Tanggal 22 mac 1945 (mcm tu la yang tercatat dalam IC papa aku) merupakan detik kelahiran beliau (spatotnye awal lagik). mesti korang heran kan. actually papa punye besday lagi beberapa bulan. bukan saje2 nak wish awal. tapi dah tercatat dalam ICnye macam tu. Masalah teknikal kot.. kire papa mude la ye skrg..huahua..

patot la macam blur je hari ni. dengan keadaan aku yang tak sihat, semua benda nak lupa. mcm pelik tak bile papa tepon aku n wish besday. aku plak mcm sengal tadi siap bleh pelik2 plak.. mule2 mcm heran.. aik, bile mase plak arini besday aku. siap papa plak tepon tu... rupenye nak bagi hint suh wish kat dia.. ahahaha~ sengal. aku pun bleh plak la lupe kan... nasib la xkene perli sgt kan.. n nasib gak la keadaan yg mcm ni bleh dijadikan alasan.. xdek la papa kecik ati kan.. walaupun today bukan ulangtahun beliau kan, tapi sebab ikot ic, kene gak la wish kan... makne still muda lagik la papa kan.. bawu 66 tahun. hehehe~

btw, 'happy birthday superhero!'...

he's really a great father. i admit it la. n because of him, aku yang sengal lagi pemalas ni ade kat sini. n seeing him, tibe2 aku semangat nak blajar. i just want to be like him. tapi kan, of course la aku tak mungkin kot.. papa rajin membaca, aku plak rajin godeh komputer je... membaca? pergh~ sgt malas...

eventhough beliau sgt garang (nodded~) ... tapi beliau jugak sangat klaka (thumbs up!!)... n beliau tak pernah mengeluh membesarkan kitorang ni even kitorang slalu wat dirinye sakit hati.. sangat mulia dirinya... huhu~ tibe2 rase nak balik kampung plak.... huhu~

kami doakan papa sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah SWT..


Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah, yg telah memerintahkan kami agar berterima kasih kepada kedua ibubapa kami dan berbuat baik kepada mereka. Menggesa kami supaya merebut peluang berbakti kepada mereka, bersungguh-sungguh melakukan kebajikan kepada mereka. Merendahkan diri menghormati mereka. Mewasiatkan kami supaya mengasihani ,mereka sebagaimana mereka memelihara dan mendidik kami semasa kecil.

Ya Allah! Rahmatilah kedua ibubapa kami, dan ampunilah dosa mereka, Redhailah mereka dengan keredhaan yg melayakkan mereka mendapat segala keredhaanMu. Dengan Engkau meletakkan mereka di dalam Negara kemuliaanMu, keamananMu, kemaafanMu dan keampunanMu.

Ya Allah!, peliharalah bagi mereka kasih sayang yg telah Engkau curahkan di dalam hati mereka, belas kasihan yg telah Engkau penuhi hati mereka, dan kelembutan yg telah Engkau sibukkan ke atas anggota mereka.


Ya Allah. Jadikanlah aku anak yang solehah, sehingga aku dapat menjadi pembuka gerbang surga untuknya.
Ya Allah. Lindungilah orang yang kucintai dan mencintaiku dengan cintaMu.

Amin~ :)

selamat menyambut ulangtahun kelahiran papa.. superhero kami~!

Read more »

kesakitan itu menghapus dosa

| Monday, 21 March 2011
kebelakangan ni memang aku rase tak sihat. Kesihatan makin teruk. mungkin sebab banyak keje yang kene setel. Ye la, lagi beberapa minggu nak final exam (even aku xperlu amik). Tapi kerja yang bertimbun membuatkan aku sangat tensen. Susah jugak jadi budak final year ni... huhu~

bsepah2 meja =D


Dari demam, bawak kepada ulser usus.. tapi, sabar je la wahai diri~ Dari petang tadi selepas aku meng'update' blog baru ni, aku jatuh sakit. mungkin ulser ni buat hal lagi. kali ni memang teruk sakitnya. aku tak dapat berdiri, gerak sikit je, usus aku terasa sakit dan pedih.

Aku pernah baca artikel yang ada mengatakan, sabda Rasulullah SAW "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

bila aku muhasabah diri balik, memang terlalu banyak dosa yang pernah aku lakukan. mustahil la kan sebagai manusia kita tak pernah buat dosa. even kecik pun tetap ada. Even aku dah berubah, bertaubat, tapi mana la tahu sekarang masih ada yang sangkut lagi. mungkin kesakitan yang aku alami ni, Allah gugurkannya bersama dosa-dosa yang aku lakukan antara sedar dan tidak.

Manusia...
bila senang, dia hanyut. bila susah, dia kembali.
apabila menerima musibah, dia berjanji, apabila mendapat kebahagiaan, dia memungkiri.
apabila mendapat apa yang diingini, dia lupa segalanya, namun, bila diinginkan sesuatu, setiap masa dia beriman kepada-Nya..
Sekejap dia beriman, sekejap dia berdosa.
sekejap malaikat Raqib menulis amal baiknya, sekejap malaikat A'tid menulis amal buruknya.
sekejap dia menuju ke Syurga, sekejap dia Menuju jalan ke Neraka.
Berselang seli antara kejahatan dan kebaikannya, antara dosa dan pahala.
sedarkah dirinya?

Tepuk dada tanya iman.. kenapa Allah SWT turunkan semua kesakitan tu? kenapa kini sentiasa ada bencana di mana-mana? berfikir sesaat adalah lebih baik dari beribadah setahun. tak salah muhasabah diri untuk kebaikan diri sendiri.





Read more »
 

Copyright © 2010 WhitenBlack | Design by Dzignine